Bengkel Sulaman

03 March 2022 | Berita Semasa

Pada 10 Februari 2022 pihak Pusat Digital Ekonomi Keluarga Malaysia dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Felda Sungai Behrang telah menganjurkan Begkel Sulaman untuk komuniti di dalam Felda Sungai Behrang.

Bengkel usahawan ini adalah untuk mempelajari bidang baru dan membantu orang ramai yang ingin menjana pendapatan bagi yang kehilangan pekerjaan dan sebagainya. Dengan adanya bengkel ini para komuniti boleh mempelajari benda baru dengan masa yang terluang. Ia juga boleh dijadikan pendapatan sampingan bagi seseorang.