BENGKEL CANVA

16 March 2022 | Berita Semasa

Pada 16 Mac 2022, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Behrang telah mengadakan bengkel canva.

Bengkel canva ini dibuat secara terbuka kepada komuniti Felda Sungai Behrang. Kelas ini bertujuan untuk memberi kemahiran asas dan cara-cara kepada pelajar sekolah untuk membuat poster dan usahawan-usahawan kecil untuk mempromosi produk yang dijual.

Secara tidak langsung, bengkel canva ini dapat membantu pelajar-pelajar sekolah dan usahawan-usahawan kecil ini memperkembangkan idea-idea untuk kerja sekolah mahupun perniagaan mereka.